Nama dan logo Bluetooth

Nama "Bluetooth" ini datangnya daripada pengInggerisan nama Blåtand/Blåtann (Old Norse blátǫnn) iaitu nama julukan Harald Blatann, seorang raja yang berjaya menyatukan puak-puak Denmark yang bertelingkah dalam satu kerajaan serta turut dikatakan memperkenalkan agama Kristian ke negara tersebut. Penamaan ini dilhamkan oleh Jim Kardach dari syarikat Intel yang telah membangunkan sistem yang membolehkan telefon-telefon bimbit berkomunikasi dengan komputer pada 1997.[1] Kardach mendapat ilham tersebut selepas membaca novel sejarah mengenai raja tokoh ini karya Frans G. Bengtsson bertajuk The Long Ships,[2][3] mengibaratkan tujuan protokol sejagat yang dibangunkannya dengan usaha Raja Harald menyatukan puak-puak baginda.[4]

Logo

Lambang bagi sistem Bluetooth ini merupakan gabungan huruf-huruf Futhark Muda iaitu (Hagall, ᚼ) dan (Bjarkan, ᛒ), melambangkan parap raja Harald.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Bluetooth http://www.bluetooth.com/English/Experience/Pages/... http://www.eetimes.com/electronics-news/4182202/Te... http://www.ericsson.com/bluetooth/companyove/histo... http://www.pcworld.com/article/2061288/so-thats-wh... http://www.radio-electronics.com/info/wireless/blu... http://www.bluetooth.org/ https://www.bluetooth.com/specifications/bluetooth... https://twitter.com/BluetoothSIG/status/7046943012... https://web.archive.org/web/20040620150507/http://... https://www.bluetooth.org/DocMan/handlers/Download...